background

Wednesday 7 November 2012

TEKNIK BELAJAR




Tips 1: Sebelum Kuliah (Overview)


- Baca dahulu tajuk yang akan anda pelajari di pagi hari sebelum hadir ke kelas.

- Cuba dapatkan gambaran awal dan bayangkan anda akan menghadapi peperiksaan (kerana bagi pelajaran yang bersesuaian, cuba untuk anda tidak membuka buku semasa kuliah)

- Tidak perlu memaksa diri anda untuk faham dengan sempurna agar masa yang digunakan untuk bacaan buku sebelum kelas ini dapat diminimakan.


Tips 2: Semasa kuliah (Focus)


- Bagi pelajaran yang bersifat kepada memahami struktur seperti Anatomi, dicadangkan untuk anda
  menggunakan kertas dan pen sahaja semasa kuliah. Tumpukan perhatian anda kepada kuliah dan lukislah apa yang berkenaan. Selepas habis kuliah, buka buku teks dan cuba anda bandingkan segala lukisan dan tulisan yang anda hasilkan ketika dalam kuliah.

- Bagi pelajaran yang bersifat kepada memahami proses seperti Fisiologi, dicadangkan untuk anda
  menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kuliah untuk mengelakkan keciciran informasi.

    Cuba sedaya upaya untuk anda fokus dan tidak buka buku teks sewaktu kuliah. Seandainya anda mengantuk, ambil kertas dan tulislah segala apa yang anda dapat tanpa menyusunnya demi mengelakkan keciciran maklumat.

    Sejurus habis kelas atau waktu yang seawalnya tanpa bertangguh, tulislah segala input yang anda dapat dalam bentuk penceritaan atau dalam bentuk yang berkesinambungan tanpa melihat buku teks.

     Seandainya ada proses atau istilah yang anda lupai, sila tinggalkan sebentar sehingga tamat penulisan input yang anda dapat tersebut. Kemudian, barulah anda membuka buku teks untuk membuat perbandingan antara apa yang anda dapat dan apa yang terkandung dalam buku teks.

- Bagi pelajaran yang berbeza daripada dua ciri di atas, dicadangkan untuk anda membuka buku bersama  dengan pen dan highlighter. Highlight segala perkara penting diucapakan oleh murabbi sewaktu kuliah.

     Pelbagaikan cara atau warna highlight bagi membandingbezakan antara perkara penting. Contohnya,
  
    highlight merah untuk definisi dan highlight biru untuk fungsi. Walaubagaimanapun, cuba minimakan
  penggunakan tenaga kepada perkara-perkara tersebut, agar anda tidak hilang fokus, yang akhirnya
  menyebabkan anda keciciran maklumat. Seandainya ada perkara-perkara penting yang tidak sempat anda jumpai dalam buku teks, tulislah dahulu menggunakan pen di bahagian tepi buku, agar masa tidak dibazirkan untuk mencari kedudukan maklumat tersebut di dalam buku teks (Namun, sepatutnya, anda mudah untuk mencari kedudukan maklumat tersebut dalam buku teks memandangkan anda sudah membuat
  overview pelajaran di pagi hari.). Selepas tamat kuliah, cuba susun segala data tersebut dengan tersusun
  dan semenarik mungkin.

Tips 3: Selepas Kuliah (Revise)

- Ulangkaji mengikut cara-cara yang bersesuaian seperti yang disebut dalam tips 2.

- Fokus dalam mengulangkaji agar masa yang anda gunakan dapat diminimakan.

- Selangi waktu ulangkaji dengan rehat sebentar. Contohnya, setiap 25 minit ulangkaji diselangi dengan rehat
  5 minit. Ulangkaji 15 minit pun sudah memadai, dengan syarat, berterusan dan fokus.

- Jangan biarkan jurang masa antara masa kuliah dan ulangkaji anda melebihi 48 jam. Menurut kajian,
  seseorang manusia akan lupa sesuatu perkara yang ditinggalkan lebih dari 48 jam.

Resolusi:

-Overview + Focus + Revise (OFR) = Mumtaz dunia akhirat. InsyaAllah.

Wallahu A'lam
 

No comments:

Post a Comment