background

Wednesday 23 January 2013

مولد الرسول الله صلى الله علية وسلم..


selamat pagi semua...salam Maulidul Rasul..


alhamdulillah dengan rahmat Allah pagi yang tenang ini aku seorang Hamba Allah dikurniakan nikmat Hidup...pagi ni tetiba aku semangat nak berkongsi dan share serba sedikit ilmu kepada kita semua..Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam. alhamdulilah aku hidup dalam suasana biah solehah...pagi nie aku dibasahi telinga ku dengan selawat-selawat keatas nabi..

aku terasa sedih sangat dengar selawat-selawat ke atas nabi..terasa akan perjuangan Rasulallah yang perit menegakkan agama ALLAH yakni agama ISLAM.. jom lah 
sama-sama kita mengenali peribadi,Akhlak Rasullullah..

Laqad kaana lakum fii rasulillahi uswatun hasanatun liman kaana yarjullaha wal yaumal aakhira wazakarallaaha kathiraa. (al ahzaab:21) 
 Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah di lahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. 



 

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM 

Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu. 

Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal. 

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati. 

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi. 

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH 

Allah berfirman yg maksudnya: 

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." 

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. 
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud; 

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah? 

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi; 
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)." 

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan. 

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu. 

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit. 

Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi. 

KISAH PENYUSUAN 

Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas. 

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi... 

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah. 

NABI YATIM PIATU 
Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri." 

PENGAJARAN/IKTIBAR 

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 

2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 

3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud; 
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi. 

4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi. 

5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH; 
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah." 

6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 

7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.


Tuesday 15 January 2013

Fr!NdEs FoR L!Fe

                           



hai semua..
      ok cuti sem dah nak habis tinggal lagi 4 hari jer...lepas nie dah nak kena teruskan perjuangan.. waaaa berat jerr rasa nak tinggalkan rumah cuti 3 minggu jerr.lagi pula sem nie roomate kesyangan aku ada yang dah habis asasi tinggal 5 orang jerr yang tinggal 4 orang dah msok nak msok gombak ambek degree tinggal kami-kami jer kat sini yang ambek asasi... sedeyy rasanya lepas nie sunyi la bilik.

      So,entry kali ini aku nak cerita pasal roomate aku..nie tanda penghargaan dan syukur aku pada korang sebab aku dapat kenal korang..korang semua my best friend forever lahh..walupun kita selalu gaduh ... 
   


pekenalan kitaowang bermula di CFS IIUM, first day aq kat Cfs aq aq sebilik 4 orang Mahallah Khadijah ngan Syazwani Azizan, Amira Muhazir & Fatimah Musa & Me time tu kat PJ,kami dok seminggu kat PJ sebab orentasi.Aku tak banyak cakap lagi time nie sebab agak segan melaikan kalu diowang sembang ngan aku baru aku layan kalu tak aku jadi bisu lah.
   
      Lepas seminggu kami dok kat kampus Nilai.wah kali nie lagi mencabar seblik 14 orang macam dok asrama sekolah pulak..First tu memang susah nak terima hakikat kami 4 orang dok tempat tecerok sekali..tak biasa lah katakan..luas jugak blik tu Mahallah ummu salam e-3-9 wah ingt aq..nama yang tersemat di hati ~cewahh kerek gitu~

     Agak macam rusa masuk kampung..agak sangsi gak aku ngan sikap dormmate baru aku..ermm tp biasa la..tak kenal maka tak cinta..dah seminggu kami duduk bersama baru boleh dapat terima dan rapat ngan diorang..jadi peragai gila-gila aku pun bermula..



MY DORM-MATE :
 1.Nurul Amira Bt Muhazir
 2.Nur Syazwani Bt Azizan 
 3.Nurul Afiffah Bt Amer
 4.Ika Syazana Bt Fakrul Razi
 5.NoorAisyah Bt Sangkra
 6.Dayangku Nurfarahin Bt Awangku Arni
 7.Khadijah Bt Che Azlan
 8.Syarifah Shahirah
 9.Siti Fatimah Bt Musa
 10.Siti Aifa Halisa Bt Nor Azman
 11.Nor Afidah Bt Azmi
 12.Yashirah Bt Md Zaid
 13.Nur Amalia Bt Zuhairi

ramaikan..jadi macam-macam ragam lah..kalu nak cerita satu-satu penat gak nie..tapi aku cerita je lah..hihih


1. mira HS student,dia nie kawan paling rapat la aka my best friend.kami nie bnyak persamaan la jugak dia anak bongsu sama ngan aku,ayah dah meninggal bnyak la lagi yang sama ngan aku..dia orang sungai Besar,Selagor.Dia nie cantik orang nyerr ramai gak peminat,,hahahah..untunglah tapi dia tak sombong baik sangat.

2.wani dia orang Gombak..HS student,orang herbalife..dia suka sanagt bercerita hihih best sangat kalu dia cerita aq panggil dia kadang-kadang t-wan,sebenarnya anak buah dia Yahya & Yunus yang panggil dia guna panggilan tu tapi aku tertarik gak nak panggil lah..tak dak sapa leh halang.

3. pipa nie orang Melaka.Dulu kat Nilai dia suka bawak sambal mak Eton perghh sedap kot...dia nie happy good luck..susah nak tegok dia ngis..dia gak minah korea smpaikan rambut dia pon ala-ala korea.. dia nie pandai menari bila dia menari mahu aku gelak sampai pecah perut ..happy,suka buat lawak dan gelak memanjang..dia IRK student time dia stdy dia focus gila sampaikan kalu bnyi krekk pon kena marah ~aku mangsanya~.. student dean list nie aq bangga kawan ngan dia.my idola i want to sucsses like him..tapi part dia marah macam gunung berapi gulppp aq jadi terdiam,,~jangan marah erkkk aq kata ni pipa~

4.Ika nie orang penang anak mami mari hahha HS students...dia dok pulau jauh dari rumah aku.. dia nie comel sangat.. satu tabiat dia susah nak keluar nagan kitowg lau g mana-mana.setiap minggu mesti dia akan outing.dia nie baik suka belanja aku nie yang aku sayang kat dia..~kerja bodek je aku nie ~

5.ecah wardiyun..dia budak Johor Baharu..sama kos ngan aku BAR..Dia ni budak hot hahah...budak nsyid CFS n president hisbah la katakan...dia nie peramah sangat dan manja haha...kitowg selalu marah dia sebab gerrr tak leh la cakap nanty jatuh aib dia...ape pon dia sangat sporting.

6.kamek vs farah..dia Sarawak mari dulu kat Nilai dia senyap sagat..tak gila-gila dan bising macam aku..kalu stdy dok kat meja stdy dia senyap2x selalunya menghabiskan masa atas katil..senyap jerr orangnya..tapi bila dah nak habis sem dia kecoh gak hihihi kena cultural shock..dia suka sakat aq gak tapi best kawan ngan dia sporting bila dah kenal..

7.tokse aka Dejah  Hs student,kelantan mari..senyap orangnya..aku tak berapa rapat ngan dia sangat,,sembang gitu2x jerr..first sem jer dok seblik ngan dia.dia g gombak awal one year student kot..hebat

8.kak pah vs syarifah..budak ganu.nie kawan dia yang panggil kak pah jadi kitowg pon panggil lah..dia giler korea..sanggup menghadap lappy sampai tengah pagi..aku tak berapa ngam ngan dia sangat...dia suka dok sorang n the geng..lagipun dia budak Econ jadi 1 sem jerr dia  dok Nilai than pindah Gombak..tak ikut kitaowang mai PJ.

9.Mak Mah vs fatimah..mak mah nie  sapa hentah bg nama..dia budak Ampang Selangor.aq dok ngan dia 2 sem je..dia nie gelabah orang nyerr hihihih...tapi pandai..dia anak sulung dari family dia n dia sangat caring...but no leas dia nie jimat orang nyerr..haha..dia suka dok atas katil n katil nye penuh ngan buku..budak pandai lah katakan..dan tak lupa dia suka pakai stokin..bila tnya kenapa dia kata sejuk..pelik2x..owg panas dia sejuk hihihi..:-)

10.epa..nie budak kelantan dan Econ students..ngam ngak ngan aku ...sebab dia sekepala ngan aku..tapi dia nie ego jugak..ahhaha..satu benda paling aku ingat trek mark aq " satu rumah satu orang" hahahaha..ada rahsia disebaliknya..

11.fifie orang melaka..dulu dia ambek BEN tp bila ada kos baru dia tukar,sekrang jadi budak ENCOM... first dulu aku ingat dia kembar si fifa almaklom lah budak Melaka n nama pon hampir sama fifa & fyfie..tapi rupanya bukan..dia nie suka gelak hahha..seronok hidup dia..keje dia suka on9 sama macam aku..hihih

12.syira dia budak HS.dia seblik jer ngan kitowang tapi tak ngam...so tak tau nak cerita pe..maap sebab dia susah nak ada kt dorm..

13.nur..budak kedah n HS students..dulu kt Nilai dia bawak wifi..kami selalu join sekaki..makaseh erkk..sayang Nur..~ ayat manis gile aq nie~ dia nie baik sangat n sponser lapik kt Blik kitowg..hihih..selalu gak kitowang gadoh besa la mana tak tergigit lidah kalu dok sekali..sekarang dia dah pindah UPSI..tahniah..

Oraitt selesai...cerita pasal aku tak payah tau lah erk..hihih ~ sory my dorm mate kalu terasa ngan komen aku pasal korang~ ape pon kita sering memerlukan satu sama lain..


 inilah Dormmate aku..kami hidup suka dan duka..gelak bersama..menagis bersama..makan bersama..bermain bersama..keluar bersama ..segalanya bersama..

Nilai                                                   

 Petaling Jaya

"PERSAHABATAN ibarat tangan dan mata , 
dikala tangan kita sakit atau terluka , 
maka mata akan menangis.
 Dan apabila mata menangis,
 tangan pun akan menghapuskan air mata ! :')
                 

nie kengkawan aku yang nak masuk Gombak hunjung bulan 2 nie..selamat menemuh alam baru...







sampai sini saja..maap la entry yang penuh gambat tak tahu nak cakap apa dah..hihih..sebelum terlamabat aku nak mintak maaf kat korang my roomatre kalu ada silap n salah sepanjang perkenalan kita..kalu ada yang terkurang or telebih maafkan tau...you are my freinds for ever..

I LOVE MY FRIEND's

Monday 14 January 2013

Meniti kejayaan


        Setiap insan inginkan kejayaan.Begitu juga diri ini.Aku sering bermain dengan angan-angan aku sendiri tapi sampai saat ini belum aku belum berjaya dalam pelajaran tika mana aku melanjutkan pelajaranku ke menara gading.Mungkin ada yang aku terlepas pandang dalam sesuatu perkara..


 ~ JoM kita Muhasabah diri kita ~

 Mungkin petua-petua ini  mampu menjadikan diri kita semua pelajar cemerlang walau di mana sahaja kita berada.

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 



"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati



"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.




"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Prihatin sesama kita


"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]


Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan



"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


Insyallah apa yang di share ini mampu menjadikan diri kita sesama muslim Berjaya didunia mahupun di akhirat..allahyma yassir wala tuasir..


  

ANUGERAH ALAM CIPTAAN ILAHI





Musim tengkujuh kian pergi,
Tapi gerimis di angkasa kelihatan bahagia membasahi bumi,
Ombak di lautan masih  menganas lagi,
Ku terlihat sampan kecil menari-menari,
Di sebalik air laut yang bergelora kesana ke sini,
Ku lihat sekujur tubuh yang berkerut  pada wajahnya berdiri,
Nelayan yang tak mengenal erti penat jemu,
Nyawa sanggup dipetaruhkan demi sesuap nasi,
Betapa mulianya jasamu  nelayan ini,
Kini,
Tika fajar menyinsing pergi,
Ku lihat sang suria mula  menerangi alam ini,
Dinding pepohon hijau dipenuhi embun kian pergi ,
 Kicauan burung berterbangan di angkasa bernyayi,
Segenap ruang pelusuk alam manusia kian penuhi,
Kini,
Tatkala sang suria mula bermaharajalela di bumi,
Ku lihat sinar kebahagian pada wajah setiap makhluk ciptaan Ilahi,
 Setiap langkah tiada batasan walupun peluh membasahi diri,
Indahnya sang suria yang memerangi pelusuk alam ini,
Walau kau sentiasa membahang sinaran mentari,
Tanpa dikau setiap insan pasti kegelapan kini.

















Sunday 13 January 2013

Maafkan Aku...

    Telah lama aku mendapat surat cinta (3;185) tapi baru hari ini aku perasan dengan kehadiranya.Aku tidak mampu membalasnya cuma aku telah berjanji pada diriku dan kepadanya,yang aku akan bersamanya suatu hari nanti,kami telah lama kenal,kami berkenalan atas dasar orang tengah,aku tak mengharapkan kehadirannya,tapi apakan daya,dia berkeras untuk bersamaku sama ada susah atau senang.
 
    Akhirnya aku bertunang jua dengannya,kini aku sedang mengenali dia sepenuhnya,Aku bertanya kaku tidak dapat menghalang kehendaknya,aku hanya menanti bila wali melafazkan akadku bersamanya...tapi aku tidak pasti sampai bila harus aku begini...aku nak lari daripadanya tapi dia tetap dengan kehendaknya... mungkin sebentar lagi aku akan berkahwin...mungkin esok..lusa..1 bulan lagi...bila?? aku tidak ketahui semuanya telah dirancang..aku hanya menunggu dan terus menunggu walupun hatiku tidak rela nak menerimanya....

      Mungkin di hari perkahwinan kami mungkin aku hanya seorang je yang bersanding tanpa pengapait ke manakah kau pergi?? adakah teman,kawan, sahabat, kenalan akan hadir ??  mungkin seorang.mungkin 2 atau mungkin tiada...perkahwinan ku hanya ada empat agenda besar sahaja yang telah dirancang aku tak mampu nak menghalangnya...MEMANDIKAN ~ MENGKAFANKAN ~ SOLAT JENAZAH ~ KEBUMIKAN ~ semua itu orang lain yang akan uruska..aku hanya duduk kaku menunggu segalanya selesai.


   Akhirnya aku akan hidup disebuah tempat yang gelap tanpa cahaya...sempit tiada ruang untuk bermain,tiada tempat untuk aku bergerak..aku keseorang dalam mahligaiku itu..tanpa peneman..mungkin dia akan mencari teman penganti lain dan biarkan aku keseorangan..aku akan  kesepian..


    Tapi sekarang harapanku hanya mengharap pada waliku.Buat masa sekarang aku  ingin berkenalan dengan ILMU yang BERMANFAAT,SEDEKAH JARIAH,DOA ANAK SOLEH agar mereka boleh membantuku ketika aku dalam kesusahan di mahaligaiku itu..hanya itu yang ku pinta..


 Jadi kematian itu satu kepastian...tiada siapa pun yang mampu menghalangnya..tiada masa ingin dituntda..yang hidup pasti mati..~SEKADAR RENUNGAN~




♥ " Kullu Nafsin Dzaiqotul Maut " Tiap tiap yang berjiwa akan merasakan mati (QS. Ali Imran : 185)

                 

♥ Adalah ‘Umar bin Abdil ‘Aziz rahimahullahu bila mengingat mati ia gemetar seperti gemetarnya seekor burung. Ia mengumpulkan para ulama, maka mereka saling mengingatkan akan kematian, hari kiamat dan akhirat. Kemudian mereka menangis hingga seakan-akan di hadapan mereka ada jenazah. (At-Tadzkirah, hal. 9)

♥ Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (QS Al-Jumu'ah ayat 8)

♥ "Dan tidaklah kehidupan dunia ini kecuali main-main dan senda gurau belaka. Sungguh, kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (QS. An-An'am 32)

♥ Diriwayatkan oleh ‘Aisyah ra. bahwa ia bertanya kepada Nabi SAW, “Bagaimana pendapatmu kalau saya memohonkan ampun untuk ahli kubur?” Rasul SAW menjawab,”Ucapkan: (salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada ahli kubur baik mu’min maupun muslim dan semoga Allah memberikan rahmat kepada generasi pendahulu dan generasi mendatang dan sesungguhnya -insya Allah- kami pasti menyusul).” (HR Muslim).