background

Tuesday 29 May 2012

CERPEN " TAKDIR "


     Hujan yang lebat kian menggila  membasahi  bumi, kedengaran titisan air pada atap pondok usang di hujung Kampung Baru yang berhampiran dengan bukit-bukau.Kelihatan pondok itu sudah penat untuk berdiri gah di bumi ini,tapi apakan daya Pak Samad dan sekeluarga rela menghuninya walaupun atapnya sudah berlubang-lubang seperti digigit tikus kerana ini sahajalah  harta yang mereka miliki.Sudah beribu kali Pak Samad membaikinya tetapi apakan daya,atap rumahnya hanya ditutupi dengan daun nipah yang mudah kering dengan sinaran matahari dan akhirnya layu.Dia tidak mampu membeli atap zink kerana kesempitan wang.Maklumlah kehidupan mereka seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Mungkin sahaja  tatkala  angin kencang datang  mahu sahaja pondok itu rebah ke bumi kerana malu dengan keadaanya yang buruk dan  tidak seperti  rumah-rumah disekelilingnya yang gah berdiri dengan binaan batu-batan.Tambahan pula,kini musim tengkujuh aktiviti pertanian getah  tak dijalankan.Jadi sumber pendapatan  mereka tidak terurus dengan baik.
    Di ruang tamu pondok usang itu,aku  sedang leka  mengulang kaji pelajaran bagi subjek Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang kian hampir,aku saja tunjang harapan pada kedua  ibu bapaku  untuk melihat aku melanjutkan pelajaran ke menara gading.Itu sahaja harapan ibu bapaku kepada aku.Mereka tak kisah bidang mana yang aku akan ambil nanti tapi mereka hanya mahu melihat diriku menggengam segulung ijazah.Abangku sudah meninggal dunia kerana dibaham harimau ketika dia menoreh getah bersama  ayahku,Pak Samad di lereng bukit yang berhampiran dengan pondok usang kami.Sudah sebulan pemergian arwah Abang Hafisku. Kesedihanku  masih terasa,bagikan baru semalam sahaja dia pergi meninggalkan aku.Aku rapat sekali dengannya bagaikan isi dengan kuku.Kami tak pernah berpisah bagiku dialah  sinaran sang suria yang sentiasa menerangiku dan mendampingiku tika aku susah dan senang.Kami saling bantu membantu apabila kami menghapi masalah dan kami akn cari jalan penyelesaiannya bersama.Di sekolah dialah menjadi pelindung ku semasa aku digangu dengan pelajar yang nakal.Bagiku dialah abang dah heroku yang sangat aku sayang di dunia dan di akirat .Tiada ganti selain darinya.Kini aku hanya mampu berdoa tika ku bersujud menghadap Ilahi untuk kebahagian Abang Hafis di alam sana.
     “Farah,mari makan” laungan ibuku membuatkan aku tersedar dari lamunan,cepat-cepat aku menggelap  air mataku yang  membasahi pipi gebuku.
      “Kenapa Farah kamu menagis? Tak sihat ka? Ada masalah ka?Cikgu mintak duit ka?”bertubi-tubi soalan yang  diajukan terkeluar dari mulut ibuku tatkala melihat air mata yang mengalir membasahi pipiku.
     “Tak ada apa la mak,Farah okey ja,Cuma penat mengulang kaji pelajaran dan takut la nak periksa SPM”.Jawap ku ringkas pada pertanyaan itu.Aku terpaksa berbohong, aku tidak  mahu melihat ibuku merasa sedih dengan kesedihan yang aku hadapi,biarlah aku sahaja yang merasai dan menanggung kesedihanku ini.Aku tahu ibuku lebih menderita daripadaku atas pemergian abangku,Hafis. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya, dari kecil sampai besar kasih sayang hanya  dicurahkan bagai menatang minyak yang penuh.Tiada istilah  pilih kasih dalam diri ibu dan ayahku terhadap aku dan abang Hafis,itulah bukti kebahagian keluargaku.
     “Tengok tu memgelamun lagi,jom makan cepat,nanti sejuk pula  makanan di meja dapur tu.Tapi betul ke  anak mak ni tak ada masalah apa-apa?kalau perlukan duit beritahu la nanti  mak bagi.Pasal pelajaran jangan  risau anak mak kan pandai,mak tak pernah lupa berdoa pada Allah supaya  anak-anak mak  berjaya di dunia dan di akhirat”.Selepas mengungkap kata manis itu,aku terlihat titisan air jernih keluar dari kelopak mata ibu.Ini menambahkan rasa bersalah terhadap ibuku.Kalau aku tak menangis tadi mesti ibuku tak akan turut menagis seperti ini.Mungkin ibuku merasa bersalah kerana dia tak mampu mengembirakan aku.
     “ Mak jangan menangis lagi,nanti hilang awek mudapada wajah  mak,Farah ok ja,tak  ada masalah apa la, jom makan,perut Farah dah menyanyi la mak.lapar la asyik menangis ja”kataku manja sambil memujuk ibuku.
   Akhirnya, kelihatan pada wajah  ibu ku kembali senyum walaupun aku tahu hatinya masih tertanya-tanya dan risau keadaan ku.Tapi demi untuk menjaga hati anak bongsunya ini dia paksakan dirinya untuk tersenyum demi anak emasnya yang tercinta. Sebelum pemerigian arwah abang Hafis aku lah yang paling susah nak menitiskan air mataku  tapi kini aku tak mampu lagi untuk menahan air mataku,hampir saban hari air jernih pada wajahku ini memitis seperti gerimis pada musim tengkujuh apabila  mengenangkan  kenangan indah aku bersama  arwah abangku tika saat kami bersama dalam  menempuh alam remaja,walaupun beza umurku denganya hanya tiga tahun,ia tak menghalang kami untuk sentiasa bersama bergelak ketawa.
   Aku mengiringi ibuku ke dapur untuk menjamu selera,ayahku tiada kerana beliau mempunyai urusan penting di Bandar Tanjung Malim  bersama ahli jawatankuasa FELDA.Makan malam aku kini kelihatan  suram tanpa gelak tawa ,selalunya bila makan sahaja mesti kedengaran suara celoteh dari mulut  Abang Hafis dan aku yang becok seperti burung murai tercabut ekor,bersenda gurau dan saling menyakat antara satu sama lain.Tapi kini hanya tinggal kenang di dalam pondok usang itu.
   Saat yang di nantikan telah tiba,tanggal 23 November 2010 aku dan sahabat yang lain telah menduduki  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang bagiku seperi perang dunia ketiga akan meletus ,setelah hampir sembilan bulan aku mengahadap buku tanpa erti penat lelah demi mencapai impian ku dan harapan kedua ibu bapaku.
   Pada hari terakhir aku di dewan peperiksaan untuk memduduki kertas Bahasa Arab Tinggi,tiba-tiba,kedengaran kebisingan di luar dewan tersebut,aku hairan dan hatiku mula berbisik mengapa keaadan sebegini  berlaku,ini menjadi persoalan dan tanda tanya dalam naluriku,selalunya pengawas peperiksaan amat tegas dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi memastikan keadaan dewan peperikaan dalam keadaan aman tanpa bunyi bising tapi kini sebaliknya.Sedangkan hanya beberapa minit sahaja calon-calon baru menjawab soalan .
     Tiba-tiba aku disapa dari belakang,aku menoleh kehairanan,menjadi persoalan pada benak hatiku,mengapa Cikgu Hafizatul  boleh masuk dalam dewan peperiksaan sedangkan setahu aku  guru-guru di sekolah  tidak dibenarkan masuk.Bertambah-tambah persoalan yang muncul di benakku melihat keadaan disekelilingku yang bukan seperti hari ksebelum ini aku menduduki peperiksaan,Pen yang dari tadi asyik menari-nari di tangganku mula terhenti apabila Cikgu Hafizatul mula membicarakan sesuatu.
     “Na’ilah Al-farafisya,saya harap anda bersabar atas perkhabaran yang akan mengganggu kamu menjawab soalan,saya terpaksa memberitahu kamu hal ini atas arahan tuan pengetua sekolah Encik Yahya Ismail kepada saya.Sebenarnya….”tanpa sempat menghabiskan kata-katanya aku terpandang kelopak mata guruku itu sudah merah dan kelihatan badannya longlai.
   Aku mula merasa pelik,apa yang telah terjadi padanya, sedangkan beliau belum sempat menghabiskan kalamnya.dia terus terduduk di atas lantai di sisi meja ku.Aku terpingga-pingga,aku menoleh ke kiri.ke kanan, ke depan, dan juga ke belakang  aku lihat pada wajah  rakan-rakanku yang kehiranan dan kebinggungan dengan tingkah laku cikguku itu sama seperiku.
     “Cikgu,kenapa cikgu menangis?”Soalan pertama yang muncul pada lidahku kepada guruku setelah sekian lama aku menyepi.Aku Terpaksa membuka mulut unuk menayakan persoalan di benak fikiranku apabila  melihat keadaan guruku yang matanya kian dibasahi dengan linangan air mata.
     “Sebenarnya…..,a…yah dan i…bu kamu telah kembali  ke.. rahmatullah..dalam sebuah kemalangan jalan raya dengan bas semasa pulang dari bandar”akhirya terpancul juga kata-kata Cikgu Hafizatul dengan linangan air matanya.
Aku terserentak,badanku terasa lemah,mataku kini semakin menggila untuk mengalirkan arus air mata,tangganku kaku,pen ditangganku sudah jatuh  dia atas lantai,tiada kata lagi yang mampu terkeluar dari bibirku,akhirnya air mataku sahaja yang mampu  bergelora dan kelihatan biji mataku bagaikan buah saga yang masak ranum menahan rasa sayu.Bagiku kini aku tak mampu dan tiada daya untuk  meneruskan perjuanganku ini bagi menjawab kertas Bahasa Arab Tinggi dengan baik.Fikiran mula terbayang wajah kerut mak dan ayahku yang telah membesarkan ku,aku tak mampu membendung rasa sedih ku ini lagi.Air mataku kini mula mengalir dengan laju sehingga membasahi kertas soalan diatas mejaku.
“Sabar Na’ilah Al-Farafisya Allah sentiasa disisimu tika susah dan senang ,kita sebagai hamba yang lemah hanya mampu mendoakan kebahagian mereka.Bersabarlah,banyakan megingati Allah dan beristiqfarlah moga kamu dapat menerima dugaan yang Allah berikan ini.Sesugguhnya orang yang bersabar itu terdiri  daripada  golongan orang yang beriman dan Allah tidak akan memguji hambanya melainkan dia tahu ,hambanya mampu menggungnya” Terkesan pada hatiku dengan kata-kata dan nasihat yang cikguku beri itu.
  Aku mula teringat akan pesanan emak supaya belajar rajin-rajin dan beristiqamah dalam beramal kebajikan,biarlah kita miskin harta tapi jangan jadikan diri kita miskin dengan ilmu kerana ilmu itu mampu menjadikan kita dihormati dan di sanjung oleh masyarakat sekeliling kita.Aku juga terkenang harapan mak dan ayahku untuk  melihat aku memasuki universiti dan menggenggam segulung ijazah.
Aku terus mengelap air mataku yang membasahi pipiku dan aku sedaya upaya mengumpul semangatku untuk terus menjawap kertas soalan yan terakhir tanpa memikrkan apa yang terjadi selagi belum habis menjawapnya.
    Jam di tangganku mula menunjukan tepat 2 petang,aku terus beredar dari dewan peperiksaan setelah tamat tempoh menjawab kertas Bahasa Arab Tinggi, tanpa memperdulikan rakan-rakanku yang masih terpingga dengan keadaanku dan tidak mengetahui apa yang belaku terhadap diriku,tiada masa bagiku untuk menceritakannya biarlah aku sahaja yang menanggung bebanya.Sekarang di ruang mataku hanya terpandang sekujur tubuh yang ditutupi kain kapan yang berwarna putih Aku terus berlari bagaikan dikejar anjing.
     Akhirnya aku  tiba juga di pondok buruk peninggalan arwah ayah dan emak ku,jenazah mereka sudah siap dimandikan, dikapankan dan hanya tunggu masa untuk disolatkan jenazah dan dikebumikan..Dengan berpakaian beruniform sekolah aku terus meluru kepada arwah emak dan ayahku.Aku terpaksa menahan sebak di dada supaya  air mataku tidak membasahi pipiku,Aku menghampiri kedua-dua jenazah unuk mencium mereka sebagai tanda kasih aku kepada mereka.Aku hanya mampu mendokan kedua-dua ibu bapaku semoga mereka bersam orang-orang beriman.
Kini hidupku sebatang kara,tiada tempat mengadu simpati,tiada tempat untuk bermanja.Segalanya sudah berakhir.Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada Allah supaya roh mereka bahagia disana.
   Tiga bulan kemudian,
 Keputuan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) diumumkan,aku bersyukur kerana menjadi pelajar cemerlang peringkat negeri Perak dan aku ditawarkan oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard dalam bidang perundangan.Akhirnya aku mampu merialisasikan impian kedua-dua ibu bapaku untuk melihat aku masuk ke university.Aku bersyukur dengan keputusan ini.Walaupun aku pernah jatuh tapi akhirnya aku Berjaya.Aku percaya setiap yang belaku pasti ada hikmahnya.



No comments:

Post a Comment