background

Monday 10 June 2013

Wasiat sebelum bergelar isteri...


Dr. 'Aid bin Abdullah al-Qarni, dalam bukunya "Jangan Bersedih Jadilah Wanita yang Paling Bahagia" menukilkan sebuah wasiat yang paling baik. Antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan daripada wanita Arab ialah wasiat Umamah binti al-Harith untuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya. Dalam wasiat tersebut terkandung:


"Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu daripada lingkungan yang daripadanya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan tempat engkau membesar. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami kerana kecukupannya daripada orang tuanya dan keperluan orang tua kepada anaknya, maka engkau wanita yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta."


Nasihat pertama dan kedua..

--> Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai dengan ketaatan.

Nasihat ketiga dan keempat..

--> Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.

Nasihat kelima dan keenam..

--> Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan mudah berang.

Nasihat ketujuh dan kelapan..

--> Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah, maka pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.

Nasihat kesembilan dan kesepuluh..

--> Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsia, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. Juga, janganlah sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya ketika dia sedang bersedih. Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketika dia sedang gembira.

No comments:

Post a Comment