background

Sunday, 5 January 2014

Segalanya Hanya Pinjaman Dari ALLAH



" Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis" (surah al-najm 43)

Tanggal 27.12.2013 aku telah menghadapi sebuah perperangan di medan Peperiksaan untuk meneruskan misi utama perjuangan aku sebagai seorang pelajar .. hari itu merupakan paper kedua aku setelah 21.12.2013..

27.12.2013
- 9.00 Pagi : aku melangkah kaki ke dewan peperiksaan di Conference Room 1 & 2, UIAM. Dengan penuh semangat aku memasuki dewan peperiksan tanpa memikirkan apa2.. aku meninggalkan segala keperluanku di luar dewan..

- 11.00 Pagi : aku keluar dewan peperiksaan setelah aku berjuang selama 2 jam di dalam dewan peperiksaan untuk menjawab soalan Advance Arabic (ARAB1111), Aku terus menuju ke beg aku untuk menyimpan segala dokumen peperiksaan, Tapi aku merasakan sedikit kehairanan kerana kedudukan beg aku berubah arah.. aku sedaya upaya fikir mungkin kawan2ku yang keluar awal mengubahnya..

aku terus membukanya dan menyelongkar begku dan mendapati purse & handset ku tiada.. aku cuba memikirkan mungkin sahabatku ada mengambil dan menyimpannya.. aku terus menyelongkar dan mengeluarkan segala2nya dari beg aku tapi tidak ku temui..

terasa ingin menagis kerana hanset itu merupakan hadiah dari umiku semprna ulang tahunku 2 tahun lepas..

pada masa yang sama rakan seperjuanganku juga kehilangan barang yang sama denganku.. segala dokumen penting kami hilang... kami ditenangkan oleh rakan2 yang lain.. alhamdulillah aku cuba untuk bersabar..

aku terus menuju ke Bank Muamalat yang berhampiran dan ingin m'block kad atm, semasa berjalan ke bank aku terserempak dengan sahabat baikku aku memanggil nama mereka dan menagis, mereka sangkakan soalan peperiksaanku susah tapi sebaliknya.. aku memberitahu bahawa purse dan hansetku hilang dicuri orang.

kemudian aku masuk ke dalam bank dan mengadu pada pengawal keselamatan yang menjaga kaunter yang aku nak block kat atmku , diri terasa sebak dan hampir bergenang air mataku di depannya. Pengawal keselamatan itu memberikan aku borang untuk permohonan memblock kad atm dan aku kemudiannya beredar dan ke cafe yang berdekatan uutuk lunch dan memenagkan diriku.. aku meminjam hanset kawanku untuk memblock segala kad atm dan juga no phone aku.

Terasa berat dugaan yang aku hadapi ketika itu.. kerana pada Pukul 3 Petang itu aku akan menghapai paper ke 3.. serius fokusku sedikit terganggu kerana sntiasa memikirkannya.. semasa selesai menjawab paper sorof ARAB1114 fikiranku turut melayang entah kemana..

selepas tamat peperiksaan aku dan rakan yang senasib denganku juga bersiap2 untuk pergi ke Balai Polis untuk membuat laporan atas kecurian alhamdulillah ia berjalan lancar..

28.12.2013 - 29.12.2013
hari cuty jadi tak mampu buat apa2.. hanya berharap ada keajaiban sekiranya si pencuri itu memulangkan semula apa yang diambilnya ke bilikku kerana kunci bilikku ada di dlam purse aku.

30.12.2013 
9.30 Pagi : aku dan rakanku pergi ke JPN untuk membuat permohonan ic baru yang telah di curi.. alhamdulillah tak perlu buat bayaran apa2.. kini aku menunggu ic baruku siap..

12.15 Tengah hari : Aku ke Mo untuk membuat laoran kehilangan kunci bilikku,, dan kakak mo memberitahuku Daya bersih ada menelefonnya dan memberitahu mereka ada menjumpai barang di toilet Bank Islam YANG BERDEKATAN dengan dewan peperiksaan .. alhamdulillah tapi kakak tu kata pukul 4 petang datang semula kerana kakak tu tak tahu daya bersih nak hantar bila barang tersebut.

tepat Jam 4 aKU ke Mo dan akak tu mengembalikan purseku tapi sayang duit RM 25 di ambil dan 2 hendsetku diambilnya juga.. tp si pencuri tu tak berbaloi sangat ambek hansetku kerana 2 hansetku itu hampir nazak.. ape pon aku tetap sayangkan hansetku walaupun ia nazak.

Si Pencuri Kita jumpa di akhirat nanti yerr... nantikan aku...

MORAL VALUE

 : jAngan bawa barang berharga semasa peperiksaan ..

: jangan meninggalkan barang berharga anda di tempat terbuka dan meningaalnya di merata2 tempat....

: sila bawa masuk segala barang penting anda ke dalam dewan peperiksaan dan meletakan ia sentiasa disisi anda.

* terima kasih kepada sahabat2 dan rakan seperjuanganku yang mengambil berat tentang ku.. terasa manisnya ukuwah yang tercipta ini.. tidak lupa terima kasih tak terhingga kepada sahabat yang merikan aku membuat pinjamam wang ketika aku dalam kesusahan..

* tidak lupa terima kasih pada umi dan kakak yang membantu akau memberi semangat dan membantu adik dalam kesusahan.. dan maafkan adik umi kerana tak mampu menjaga pemberiaan umi dengan baik.

sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

****Status ini bukan ingin meraih simpati ...
Sekadar Berkongsi Pengalaman....... —

Saturday, 21 December 2013

Perjuangan Semester 1 2013/2014


alhamdulillah, 
selesai sudah perjuanganku untuk semester ini. walaupun banyak dugaan yang aku harungi tapi aku tetap teruskan. walaupun kadang kala aku terasa tersungkur dan sukar untuk aku bangun kembali. 

Serius alam degree  jauh beza dengan alam persekolahan dan cfs dulu, kerja menimbun2,  kalau asyik tangguh jerr nahas la bila due date mula tergopoh2 nak siapkan sampaikan tak tidur sebab esoknya kena hantar assignments.

Walaupun dugaan yang aku alami, aku kuatkan diri kerana disisiku ada Allah yang sentiasa membantuku dan mendengar rintihanku, Umiku yang banyak berdoa untukku, lecture's yang sentiasa mendidikku, dan tidak lupa rakan2 seperjuanganku yang sentiasa memberi semangat dan bersama2 mengharungi perjuangan bersamaku.. Terima kasih insan yang yang sentiasa disekelilingku yang sentiasa membantuku dalam kesusahan.. doakan aku berjaya di dunia dan akhirat. 


         Sorof -Ustaz Fauzi-

   Nahu bersama Ustazah Radhwa 
  
                                      Bahasa Melayu Kerja - Puan Faredah Mahadi aka Umi -

ada 4 kelas yang tak sempat nak bergambar Advance Tilawah dengan ustaz Abdullah, Advance Arabis dengan Ustaz Taufiq, Fardhu Ain dengan sister Namuli Batuli dan Intro To Fiqh dengan Dr Zakaria ..

p/s: buat kawan-kawan yang tgh berperang dengan final,di semua universiti seluruh Malaysia,tak lupa kawan nun jaoh di Indonesia,Buffalo dan Mesir,juga kawan-kawan blogger,gudluck! moga dapat menjawab dengan tenang yer.Amin..

MOod Final EXAM #PrayForMe



Alhamdulillah, akhirnya blog ni update juga. Rindu sangat nak menaip entri untuk berkongsi kisah hidup dengan semua. Tapi, tanggungjawab sebagai seorang pelajar perlu diutamakan. Ini merupakan entri terakhir sebelum bermulanya final exam untuk semester terakhir ni.  Alhamdulillah hari ini 21.12.2013 dah start exam ...




Final Exam Timetable :

ARAB 1114 ARABIC MORPHOLOGY I 
Friday Dec 27 2013, 3:00 PM

ARAB 1113ARABIC SYNTAX I   
Saturday Jan 11 2014, 9:00 AM

LM 2023BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) 
Sunday Dec 29 2013, 9:00 AM

ARAB 1111ADVANCED ARABIC LANGUAGE 
Friday Dec 27 2013, 9:00 AM

TQ 3122 ADVANCED TILAWAH AL-QURAN 
Saturday Dec 28 2013, 3:00 PM

CCFS 1041FARDHU 'AIN CLASS (SISTER) 
Saturday Dec 21 2013, 9.00 AM

RKFQ2062 AL-MADKHAL ILA AL-FIQH: INTRODUCTION TO FIQH 
Thursday Jan 9 2014, 9:00 AM


Di atas merupakan jadual exam untuk semester pertama saya di UIAM, Gombak. So, di kesempatan ini,saya nak mintak maaf pada semua yang mengenali diri ni. Kalau kalau saya ada buat silap, maafkan lah ye. Doakan kejayaan saidah pada final exam kali ni,Harap ALLAH SWT permudahkan segalanya. InsyaAllah, AMIN.

InsyaAllah, blog akan kembali update selepas tamatnya final exam.  

Okay lah, rasanya sampai di sini saja untuk entri kali ni. Jika ada umur yang panjang, atul akan update lagi blog ni dan yang pasti, lepas ni blog akan sentiasa berupdate setelah semuanya selesai. Doakan kejayaan saya dan JUMPA LAGI! :D