background

Monday, 14 January 2013

Meniti kejayaan


        Setiap insan inginkan kejayaan.Begitu juga diri ini.Aku sering bermain dengan angan-angan aku sendiri tapi sampai saat ini belum aku belum berjaya dalam pelajaran tika mana aku melanjutkan pelajaranku ke menara gading.Mungkin ada yang aku terlepas pandang dalam sesuatu perkara..


 ~ JoM kita Muhasabah diri kita ~

 Mungkin petua-petua ini  mampu menjadikan diri kita semua pelajar cemerlang walau di mana sahaja kita berada.

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 



"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati



"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.




"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Prihatin sesama kita


"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]


Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan



"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


Insyallah apa yang di share ini mampu menjadikan diri kita sesama muslim Berjaya didunia mahupun di akhirat..allahyma yassir wala tuasir..


  

ANUGERAH ALAM CIPTAAN ILAHI





Musim tengkujuh kian pergi,
Tapi gerimis di angkasa kelihatan bahagia membasahi bumi,
Ombak di lautan masih  menganas lagi,
Ku terlihat sampan kecil menari-menari,
Di sebalik air laut yang bergelora kesana ke sini,
Ku lihat sekujur tubuh yang berkerut  pada wajahnya berdiri,
Nelayan yang tak mengenal erti penat jemu,
Nyawa sanggup dipetaruhkan demi sesuap nasi,
Betapa mulianya jasamu  nelayan ini,
Kini,
Tika fajar menyinsing pergi,
Ku lihat sang suria mula  menerangi alam ini,
Dinding pepohon hijau dipenuhi embun kian pergi ,
 Kicauan burung berterbangan di angkasa bernyayi,
Segenap ruang pelusuk alam manusia kian penuhi,
Kini,
Tatkala sang suria mula bermaharajalela di bumi,
Ku lihat sinar kebahagian pada wajah setiap makhluk ciptaan Ilahi,
 Setiap langkah tiada batasan walupun peluh membasahi diri,
Indahnya sang suria yang memerangi pelusuk alam ini,
Walau kau sentiasa membahang sinaran mentari,
Tanpa dikau setiap insan pasti kegelapan kini.

















Sunday, 13 January 2013

Maafkan Aku...

    Telah lama aku mendapat surat cinta (3;185) tapi baru hari ini aku perasan dengan kehadiranya.Aku tidak mampu membalasnya cuma aku telah berjanji pada diriku dan kepadanya,yang aku akan bersamanya suatu hari nanti,kami telah lama kenal,kami berkenalan atas dasar orang tengah,aku tak mengharapkan kehadirannya,tapi apakan daya,dia berkeras untuk bersamaku sama ada susah atau senang.
 
    Akhirnya aku bertunang jua dengannya,kini aku sedang mengenali dia sepenuhnya,Aku bertanya kaku tidak dapat menghalang kehendaknya,aku hanya menanti bila wali melafazkan akadku bersamanya...tapi aku tidak pasti sampai bila harus aku begini...aku nak lari daripadanya tapi dia tetap dengan kehendaknya... mungkin sebentar lagi aku akan berkahwin...mungkin esok..lusa..1 bulan lagi...bila?? aku tidak ketahui semuanya telah dirancang..aku hanya menunggu dan terus menunggu walupun hatiku tidak rela nak menerimanya....

      Mungkin di hari perkahwinan kami mungkin aku hanya seorang je yang bersanding tanpa pengapait ke manakah kau pergi?? adakah teman,kawan, sahabat, kenalan akan hadir ??  mungkin seorang.mungkin 2 atau mungkin tiada...perkahwinan ku hanya ada empat agenda besar sahaja yang telah dirancang aku tak mampu nak menghalangnya...MEMANDIKAN ~ MENGKAFANKAN ~ SOLAT JENAZAH ~ KEBUMIKAN ~ semua itu orang lain yang akan uruska..aku hanya duduk kaku menunggu segalanya selesai.


   Akhirnya aku akan hidup disebuah tempat yang gelap tanpa cahaya...sempit tiada ruang untuk bermain,tiada tempat untuk aku bergerak..aku keseorang dalam mahligaiku itu..tanpa peneman..mungkin dia akan mencari teman penganti lain dan biarkan aku keseorangan..aku akan  kesepian..


    Tapi sekarang harapanku hanya mengharap pada waliku.Buat masa sekarang aku  ingin berkenalan dengan ILMU yang BERMANFAAT,SEDEKAH JARIAH,DOA ANAK SOLEH agar mereka boleh membantuku ketika aku dalam kesusahan di mahaligaiku itu..hanya itu yang ku pinta..


 Jadi kematian itu satu kepastian...tiada siapa pun yang mampu menghalangnya..tiada masa ingin dituntda..yang hidup pasti mati..~SEKADAR RENUNGAN~




♥ " Kullu Nafsin Dzaiqotul Maut " Tiap tiap yang berjiwa akan merasakan mati (QS. Ali Imran : 185)

                 

♥ Adalah ‘Umar bin Abdil ‘Aziz rahimahullahu bila mengingat mati ia gemetar seperti gemetarnya seekor burung. Ia mengumpulkan para ulama, maka mereka saling mengingatkan akan kematian, hari kiamat dan akhirat. Kemudian mereka menangis hingga seakan-akan di hadapan mereka ada jenazah. (At-Tadzkirah, hal. 9)

♥ Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (QS Al-Jumu'ah ayat 8)

♥ "Dan tidaklah kehidupan dunia ini kecuali main-main dan senda gurau belaka. Sungguh, kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (QS. An-An'am 32)

♥ Diriwayatkan oleh ‘Aisyah ra. bahwa ia bertanya kepada Nabi SAW, “Bagaimana pendapatmu kalau saya memohonkan ampun untuk ahli kubur?” Rasul SAW menjawab,”Ucapkan: (salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada ahli kubur baik mu’min maupun muslim dan semoga Allah memberikan rahmat kepada generasi pendahulu dan generasi mendatang dan sesungguhnya -insya Allah- kami pasti menyusul).” (HR Muslim).