background

Wednesday 13 March 2013

aDa apa dengan PRU??



ada apa dengan PRU? suspen jerr tajuknyerr... sebenarnya saya agak tertarik nak buat tajuk nie.. ini bukan bererti saya sokong mana2 parti sama ada PAS mahupun UMNO @ BN mahupun PKR. lagi pun umur saya belum mencukupi untuk mengundi.. ini hanya lah sekadar pandangan bagi saya sebagai rakyat Malaysia melihat parti2 ini ..



PAS

UMNO
 
PKR
                                                        

BN

 
sebelum saya berjinak dalam bidang IT nie mungkin saya buta akan politik negara..mungkin ini yang sentiasa berlaku tika mana Pru akan diadakan..setiap parti pasti akan mencapai taktha untuk menjadi pemimpin seseuatu kawasan.. tapi bila social networking mula membangun perbagai pengaruh mudah disebarkan sama ada betul atau salah hanya Allah yang lebih mengetahui..

kadang kala saya sebagai remaja dan anak muda yang kurang penglibatan dalam politik dan hanya memerhati dari jauh mahu ketawa melihat setiap permainaan oleh setiap ahli politik.. hati manusia tiada siapa yang tahu apa punca mereka melakukan sedemikan..

setiap manusia ada kelemahan..mungkin jua setiap manusia inginkan yang terbaik untuk sesuatu perkara, manusia sering mengunakan kuasa dan darjat untuk mempengaruhi manusia.. mungkin dengan cara ini dapat membahagiakan hidup mereka...

seringkali kita membaca melihat mendegar di mana-mana setiap parti mungkin ada yang sentiasa mencari kelemahan setiap parti lain..pelik bila dipikirkan.. mungkikah itulah yang dinamakan politik, setiap yang punyai kuasa mampu mengubah persepsi umum manusia terhadap sesuatu perkara..

saya kadangkala terfikir mengapa parti semua itu tidak bergabung dan duduk dibawah satu bumbung yang sama..sentiasa menyelesaikan maslah bersama,,, menerima pandangan orang lain.. melaksanankan suatu perubahan yang baik untuk negara..

ADAKAH SEMUA INI KERANA POLITIK?

 hanya ahli poltik mampu menjawapnya..saya sebagai anak muda ngin melihat negara kita aman dan makmur tanpa persengketaan..generasi tua harus lah menjadikan generasi muda dalam pentadbiran negara...bak kata pepetah kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..bagaimana acuan begitulah kuihnya..sama kita berpolitik cara islam..jangan hanya menunding jari pada yang salah sebaliknya tegurlah dan muafakat kerana itu jalan terbaik dalam merapatkan ukhuwah..

maafkan seandainya pandangan saya ini tersalah tafsir..saya tidak menujukan kepada mana2 parti.. sekadar pandangan saya bagi semua..sama2 kita baiki politik di negara kita.


No comments:

Post a Comment