background

Saturday, 11 May 2013

TABAHNYA HATIMU




Ketika hati bsedih utk memilih,
Pilihlah utk trus tsenyum..
Walaupun kita memiliki segunung prasaan sedih..
Pilihlah utk bangkit,
Walaupun kita jatuh dan malu..

Pilihlah utk sabar dan redha,
Walaupun kita ada alasan utk kecewa..
Buat shbt2ku ...
Teruskanlah pjuanganmu

Walaupn dirimu diuji dgn berbagai tohmahan dan cacian dlm dunia dakwah,
Ketahuilah ianya bukan bebanan malah menambahkn kebaikan yg luar biasa ganjarannya..

Ingatlah pesanan ini..
Andainya pjuangan ini mudah,
Pasti ramai menyertainya,
Andainya pjuangan ini menjanjikn ksenangan,
Pasti ramai yg t'tarik padanya..
Syurga itu manis , pasti akan ada dugaan sblm mndapt kemanisannya ...

Namun pd hakikatnya,,
Pjuangan ini ada turun naiknya..
Andai rebah,bangkitlah smula..
Andai tluka, ingatlah janji-Nya..
Sabarlah shbt2 sekalian
Kerana sudah terakam indah didlm wahyu,
Allah bsama org yg sabar..
Semoga itu mjadi penawarmu..
Ar Rafiqul A'la sedang menguji kesetiaanmu..

Ayuh shbt2,,bangkitlah..
Kuatkn semangatmu,
Luruskn dan tegakkn prinsipmu pd Yg Maha Satu..
Ketahuilah kalian,
Bhawa ada Dia yg mengerti saat dirimu lemah mcari kekuatan diri..

Ada Dia yg sntiasa disisi,
Ada Dia yg sedang menanti,
Ada Dia yg Maha mberi,
Ada Dia yg maha mengetahui,
Ada Dia yg merahmati,
Ada Dia yg mengasihani..
Dan ada Dia yg tdk pnh mengecewakn hati..

~salam sebarkan bahagia bertautan hati kita kerana Allah Rabbul
jalil.ukhwah fillah daiman abadan abada in sha allah..till jannah...
Doakan yang terbaik dlam hdup ...in sha Allah trus kuat hingga ke akhirnya ..

Thnks for everything , sorry for something 

Thursday, 14 March 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH



1.Barli – bagus untuk demam jika dibuat sup.

2.kurma – nabi berkata rumah yang tiada kurma adalah rumah yang seperti tiada makanan.

3.buah tin – buah dari syurga .boleh pengubati buasir.

4.anggur – ia membersihkan darah,menguatkan buah pinggang,membersehkan perut.

5.madu – ia adalah makanan segala makanan,minuman ubat segala ubat.mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas,membuka selera,menguatkan erut,membuang kahak,elok dimakan waktu pagi dengan air suam.

6.tembikai(segala kenis)-nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7.susu- nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi.menguatkan belakang,memperbaiki otak,mempebaharui pandangan mata,membuang kelupaan.

8. cendawan-baik untuk mata perancangan keluarga.

9. minyak zaitun – rawatan kulit dan rambut.melambatkan penuaan ,merawat radang perut.

10.delima –membersihkan tubuh dari  

Dua Belas Tidur Yang Sunat Dikejutkan




Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:



Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق
Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya"(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)