Setiap insan
inginkan kejayaan.Begitu juga diri ini.Aku sering bermain dengan angan-angan aku
sendiri tapi sampai saat ini belum aku belum berjaya dalam pelajaran tika mana aku melanjutkan pelajaranku ke menara gading.Mungkin ada yang aku terlepas pandang dalam sesuatu perkara..
~ JoM kita Muhasabah diri kita ~
Mungkin
petua-petua ini mampu menjadikan diri
kita semua pelajar cemerlang walau di mana sahaja kita berada.
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua
atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah
Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang
yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam
ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi
inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam
solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa.
Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan
sepenuh hati, bukan sambil lewa.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri
dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan
yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda
dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya
sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita
peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan
masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang
berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk
melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi
yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat
itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran.
InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih
tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari
perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak
mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk
kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan
kemurkaan Allah SWT.
Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang
menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting,
janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan
yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu,
kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
"dan orang-orang yang menjaga
kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka
miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa
yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas."
[23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk
melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya
dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal
tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan
lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa
melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak
penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi,
bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang
kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada
kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat
bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai
penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat,
jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu
'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara
solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam
konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar
dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti
dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti
menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan
kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima
kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau
berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan
konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat
tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan
kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah
yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita
mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan
mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal
didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang
berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya
bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang
berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat
bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat
perhitungannya." [2:202]
No comments:
Post a Comment